Ikhwan Muslimin: Serangan Ke Atas Gaza Disokong Amerika Syarikat

13 Mac 2012 – Pertubuhan Ikhwan Muslimin di Mesir, menyatakan lawatan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu ke Amerika Syarikat baru-baru ini adalah untuk mendapat sokongan kerajaan AS untuk melakukan pencerobohan ke atas Semenanjung Gaza.

Satu kenyataan akhbar yang dikeluarkan semalam, Isnin, 12/3/2012, mengulas pencerobohan Israel itu, “bahawa pemimpin rejim Zionis ketika kembali dari AS mendabik dada dengan sombong, merasakan mereka begitu kuat dengan adanya sokongan dari AS itu… dan dengan agresif berusaha sedaya upaya menyerang Gaza yang telah dikepung, mensasarkan kanak-kanak di sekolah dan tanah pertanian, begitu juga wanita dan beberapa pemimpin pejuang Palestin.

“Orang-orang Israel Zionis bukan sahaja musuh keamanan, tetapi mereka juga musuh kepada kehidupan, kepada uamt manusia, membunuh orang lain dijadikan ideologi dan metodologi mereka, mengacau bilaukan rantau ini adalah matlamat dan tujuan sebenar mereka, menggunakan wang sebagai bahan melobi dunia membuta tuli apatah lagi ditambah dengan sikap buta dan tuli pertubuhan-pertubuhan hak asasi manusia antarabangsa, ” tambah mereka lagi.

“Pencerobohan dan jenayah ini, sepatutnya membuka mata orang-orang Arab dan umat Islam untuk bangun dari kelalaian dan menyokong rakyat Palestin yang hidup menghadapi pembunuhan dan penghapusan etnik, berdiri teguh menghadapi ancaman me”Yahudi”kan Masjid Al-Aqsa dan kawasan-kawasannya, kita mesti menyokong usaha perdamaian Palestin dan menggunakan segala kekuatan memberi tekanan politik dan ekonomi terhadap Kerajaan Amerika Syarikat dan Barat, supaya mereka lebih bersikap sikap adil dan tidak berat sebelah dalam memberikan sokongan kepada penjenayah dan pencerobohan”.

Sumber: Aman Palestin

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *