Iklan papar wanita seksi: Jangan undang laknat Allah

pmb1

ALOR SETAR, 23 Ogos – Ketua Perhubungan ISMA Kedah, Ustaz Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa mengingatkan para pemimpin dan pihak berkuasa negeri supaya tegas dalam memantau iklan-iklan yang dipaparkan di papan iklan di negeri ini daripada menjadi asbab kemurkaan Allah s.w.t.

Hal ini berikutan iklan Kejohanan Muay Thai Piala MB 2014 yang memaparkan seorang wanita yang menjolok mata di beberapa lokasi di sekitar Alor Setar.

“Inilah iklan yang bakal mengundang laknat Allah!” Jelas Ustaz Fisol ketika beliau ditunjukkan iklan tersebut.

pmb2

Tinjauan Wartawan ISMA di bandaraya Alor Setar juga turut menemui iklan-iklan yang menunjukkan wanita yang tidak berhijab dan tidak menutup aurat dengan sempurna.

Hal ini berbeza dengan keadaan sewaktu pimpinan kerajaan negeri sebelum ini yang mengetatkan syarat iklan wanita Muslim yang dipaparkan mesti berhijab.

One thought on “Iklan papar wanita seksi: Jangan undang laknat Allah

  1. Saya sgt setuju. Kerajaan negeri ambil la yg jernih buang la yg keruh. Pemerintahan kerajaan PAS terdahulu mampu bedung papan iklan dedah aurat, kerajaan sekarg ambil lah teladan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *