Imam Gaza, doktor pakar kongsi nikmat Ramadhan bersama remaja

JITRA, 20 Julai – Alhamdulillah, Program Remaja & Ramadhan (RnR) anjuran KRIM Alor Setar telah berlangsung dengan jayanya di Taman Mahsuri, Bandar Darulaman Jitra.

Program berkonsep santai tetapi bermanfaat ini menampilkan Dr. Mohamad Zaki bin Ibrahim, Doktor Pakar Kesihatan Keluarga yang hebat dalam motivasi remaja dan belia. Beliau membicarakan tentang halatuju remaja yang sebenar berlandaskan prinsip Al-Quran dan As-Sunnah.

Apa yang menarik juga dalam program ini ialah, Imam Muda Yahya dari Gaza turut mengambil peluang memberi perkongsian pengalaman tentang ciri pemuda di samping sejarah hidup beliau di Palestin.

Program berakhir jam 6.30 petang dengan sesi bergambar.

Layari http://krimalorsetar.com

rnr1

rnr2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *