Ir.Khayrat Shatir dan Hazem Solah dikecualikan daripada Pilihanraya Presiden

KAHERAH, 16 April: Wartawan Al-Jazeera di Kaherah melaporkan bahawa Majlis Angkatan Tentera dan pemimpin parti-parti politik di Mesir hari ini telah bersetuju untuk menarik diri daripada Majlis Dewan Rakyat dan Syura, jawatankuasa yang merangka dan menggubal Perlembagaan. Sementara itu terdapat pemberontakan dan pertelingkahan rentetan keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya Presiden, mengecualikan 10 orang calon yang bermula pada hari ini.

Menurut sumber Al-Jazeera, persetujuan itu adalah untuk mengumpulkan pemimpin parti-parti politik dan badan-badan Parlimen pada Selasa depan bagi membincangkan prosedur pembentukan Jawatankuasa Penggubalan Perlembagaan. Juga akan diadakan perjumpaan antara pemimpin parti-parti politik Mesir dengan dua orang wakil Majlis Dewan Rakyat dan Syura seterusnya pada Khamis hadapan bagi meletakkan visualisasi terakhir untuk Jawatankuasa tersebut. Kemudian, pada Ahad yang seterusnya, akan diadakan perjumpaan antara pemimpin parti-parti dengan Majlis Tentera bagi meluluskan keputusan akhir pembentukan Jawatankuasa itu.

Suruhanjaya memutuskan hari ini untuk mengecualikan 10 orang calon daripada jumlah 23 calon yang bertanding. Antaranya ialah Khairat Shatir, calon Ikhwan Muslimin, Hazem Solah Abu Ismail, pendakwah bebas, Omar Suleiman mantan Timbalan Presiden Mesir kepada Husni Mubarak dan pemimpin Parti Revolusi, Ayman Nour. Pengecualian calon-calon ini disertakan dengan sebab-sebab undang-undang dan prosedur.

Pengerusi Jawatankuasa Pilihan Raya Presiden Farouk Sultan berkata, 10 orang daripada 23 calon telah dikecualikan dan masing-masing mempunyai masa 48 jam untuk membuat sebarang rayuan.

Sumber: Laman Web ISMA Mesir

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *