ISMA Alor Setar anjur ibadah korban di Kemboja

koh kong

ALOR SETAR, 6 Oktober – Program Ibadah Korban & Aqiqah di Kemboja pada tahun ini telah berjaya dianjurkan oleh ISMA Alor Setar dengan kerjasama I-Qurban Services dan ISMA Seberang Perai Utara (SPU).

Ibadah korban di Koh Kong, Kemboja diwakili oleh Ustaz Hamidi bin Abu Hasan dan Encik Budiyanto bin Unggun.

Koh Kong merupakan sebuah perkampungan kecil berhampiran sempadan Thailand, kira-kira 5 jam perjalanan dari ibu kota Pnom Penh yang didiami masyarakat Muslim.

Menerusi laman Facebook Ustaz Hamidi, ibadah penyembelihan korban diadakan Kampung Ampat di Koh Kong, manakala daging korban juga disampaikan kepada penduduk Muslim di Kampung Cum Nik di Kampong Cham selain di Koh Kong.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *