ISMA Alor Setar beri sumbangan kepada Ahnaf

ALOR SETAR, 28 Disember – Prihatin atas nasib yang menimpa ahli ISMA Shah Alam, Saudara Ahnaf bin Ab Qais, ahli-ahli ISMA Alor Setar sepakat mengumpul sejumlah wang untuk disampaikan bagi meringankan beban beliau dan dua anak perempuan yang masih kecil.

Sumbangan disampaikan sendiri kepada beliau oleh Yang Dipertua ISMA Cawangan Alor Setar, Dr. Zulkifli bin Yusof, baru-baru ini.

Ahnaf merupakan seorang aktivis ISMA dan anak jati Alor Setar yang baru kehilangan isteri tercinta setelah sekian lama terlantar akibat komplikasi kesihatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.