ISMA Alor Setar berjaya kutip RM8394 bantu mangsa banjir

BantuanMangsaBanjir

ALOR SETAR, 15 Dis – ISMA Alor Setar berjaya mengumpulkan sejumlah RM8394 untuk disumbangkan kepada mangsa banjir di pantai timur.

Kempen kutipan derma ini telah dimulakan sejak minggu lalu berlangsung di lokasi pusat membeli-belah dan sumbangan daripada ahli serta kenalan-kenalan ahli ISMA.

Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Dr. Zulkifli bin Yusof berkata, masyarakat Malaysia sebenarnya masih tebal sifat keprihatinan untuk membantu saudara mereka yang ditimpa musibah.

“ISMA Alor Setar telah menyalurkan sumbangan ini secara berperingkat ke peringkat pusat dan seterusnya diagihkan kepada lokasi-lokasi mangsa banjir seperti Kuantan, Kemaman dan Dungun,” tambah beliau lagi.

Dr. Zulkifli mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada para penyumbang.

Selain ISMA Alor Setar, cawangan ISMA yang lain juga turut mengadakan kempen kutipan sumbangan orang ramai dalam bentuk wang dan sumbangan barangan.

ISMA masih mengalu-alukan sumbangan ikhlas daripada orang ramai dalam membantu mangsa banjir. Maklumat akaun untuk menyumbang adalah seperti di bawah.

BantuanMangsaBanjir

Wartawan: Fakhruddin Afif Fauzi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *