ISMA Alor Setar dekati masyarakat desa Sik

photo193096301245736920

SIK, 30 Mei – ISMA Alor Setar mengambil inisiatif mendekati masyarakat desa dengan menganjurkan Karnival Kesihatan Masyarakat di Kampung KEDA Sungai Semiar, Sik.

Program ini dianjurkan dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Kedah (KEDA) dan RTC Kedah serta agensi-agensi ISMA seperti I-Medik dan PEMBINA.

Objektif utama karnival ini dilaksanakan ialah untuk memberi peluang kepada masyarakat luar bandar mendapatkan khidmat pemeriksaan kesihatan daripada doktor-doktor pakar.

photo63059612239243300

Masyarakat Sik juga berpeluang mendekati dan mengenali pertubuhan ISMA dan peranannya dalam masyarakat.

Apa yang menarik dalam karnival ini ialah acara sunathon atau berkhatan beramai-ramai yang dilaksanakan sendiri oleh para doktor daripada pertubuhan I-Medik.

photo63059612239243306

Juga diadakan ialah pameran kesihatan, kaunter menderma darah, pertandingan mewarna untuk kanak-kanak dan banyak lagi.

Karnival ini turut diserikan lagi dengan kehadiran Ahli Parlimen Sik, Yang Berhormat Dato’ Dr. Mansor bin Abdul Rahman dan Ahli Dewan Undangan Negeri Jeneri, Yang Berhormat Encik Mahadzir bin Abdul Hamid.

photo63059612239243301

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *