ISMA Alor Setar edar risalah perlunya sepakat dalam laksana hudud

risalah9mei14

ALOR SETAR, 9 Mei – ISMA Alor Setar hari ini mengedar 5,000 helai risalah berkaitan hudud di beberapa buah masjid utama di sekitar Alor Setar dan Jitra.

Dalam risalah berkenaan, ISMA menggesa perlunya persepakatan dan perbincangan berstrategi dalam usaha menegakkan undang-undang syariah di Malaysia.

Risalah yang bertajuk “Hudud Peluang Terbaik Untuk Sepakat” menyebut isu hudud di Kelantan merupakan medan ujian kesetiaan dan kejujuran UMNO pada perjuangan bangsa dan agama mengatasi kepentingan masa depan politik peribadi pemimpin.

Risalah berkenaan boleh dimuat turun di sini: RisalahJumaat_9Mei2014.

Risalah yang sama turut diedarkan kepada orang ramai di seluruh negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *