ISMA Alor Setar gerakkan kutipan sumbangan mangsa banjir

BantuanMangsaBanjir

ALOR SETAR, 7 Dis. – ISMA Alor Setar hari ini mula menggerakkan Tabung Prihatin Mangsa Banjir Pantai Timur (PRIHATIN) di sekitar Alor Setar dan Jitra.

Menurut Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Dr. Zulkifli Yusof, tabung-tabung akan mula diletakkan di kompleks membeli-belah Jitra Mall dan digerakkan oleh ahli-ahli ISMA cawangan.

“Walaupun jarak jauh di antara Alor Setar dengan lokasi-lokasi banjir, kami akan menggunakan sepenuh upaya untuk membantu mangsa banjir di sana. Mengutip sumbangan wang tunai adalah modus operandi kami yang utama,” ujar beliau ketika ditemui baru-baru ini.

Sehingga hari ini, ISMA Alor Setar berjaya mengumpul hampir RM2000 dan telah disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir melalui cawangan-cawangan ISMA di pantai timur.

Terdahulu, ISMA melalui agensi-agensi Yayasan Ikhlas dan I-Medik telah menggerakkan usaha menghantar bantuan di lokasi-lokasi banjir dengan menghantar sumbangan berupa makanan dan sukarelawan.

Selain makanan, ISMA turut menghantar keperluan kebersihan diri seperti tuala, ubat dan berus gigi serta ubat-ubatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *