ISMA Alor Setar hantar rombongan ke Himpunan Aman Sokong Morsi

himpunan_mursi

KUALA LUMPUR, 21 Julai – ISMA Alor Setar akan menghantar rombongan ke Himpunan Aman Sokong Morsi yang dijadual bermula pada hari ini.

Program bersifat nasional ini diadakan untuk menuntut kerajaan Amerika agar tidak mengiktiraf kerajaan baru dan menganggapnya sebagai revolusi tentera serta  menarik balik bantuan kewangan sebanyak 1.55 bilion dolar Amerika kepada kerajaan baru.

Selain itu,  himpunan ini mendesak agar Amerika memainkan peranan supaya Presiden Morsi dibebaskan dan kembali memimpin Mesir sebagai Presiden yang sah.

Himpunan akan bermula di hadapan Bangunan Tabung Haji dan dijangka bergerak ke Kedutaan Amerika Syarikat pada jam 9.30 pagi.

Mereka yang ingin turut serta dalam himpunan aman ini dinasihatkan agar tidak mengganggu lalu lintas dan mengikut arahan yang ditetapkan oleh penganjur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *