ISMA Alor Setar hulur sumbangan Ramadhan

KEPALA BATAS (KEDAH), 2 Ogos – Seluruh Jawatankuasa dan aktivis ISMA Alor Setar berpecah ke seluruh pelusuk Kedah utara dalam program Bakul Ramadhan yang lalu. Program yang dikelolakan melalui Biro Dakwah dan Biro Wanita & Keluarga ini bermatlamat memberi sumbangan kepada beberapa buah keluarga yang memerlukan.

Program yang disertai seluruh ahli jawatankuasa cawangan dan para aktivis ISMA Alor Setar ini bermula seawal jam 8.30 pagi tadi dengan 5 kumpulan rombongan yang telah diatur bergerak menemui beberapa buah keluarga yang bakal menerima bantuan. Kesemua keluarga yang menerima bantuan terdiri daripada mereka yang berpendapatan sangat rendah dan mempunyai anak atau ahli keluarga yang cemerlang dari segi akademik serta berpotensi untuk menjadi harapan utama keluarga masng-masing di masa depan. Keluarga-keluarga ini tinggal di beberapa lokasi seperti di Kuala Nerang, Jitra, Changlun, Alor Setar dan Kepala Batas. Bantuan yang diberikan berupa keperluan asas seperti beras, minyak masak, gula, tuala dan sedikit wang tunai.

Keluarga yang menerima sumbangan mengucapkan terima kasih dan berasa terharu dengan pemberian yang diberikan oleh masyarakat khususnya ISMA yang prihatin dengan keadaan hidup mereka yang serba kekurangan.

ISMA mengalu-alukan bantuan dan sumbangan orang ramai kepada mereka yang memerlukan agar Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang ini memberi lebih erti buat mereka.

Media ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *