ISMA Alor Setar, KEDA anjur Seminar Keluarga Mukmin

POKOK SENA, 24 Februari – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar dengan kerjasama erat Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (KEDA) telah menganjurkan Seminar Keluarga Mukmin.

Program yang diadakan di Desa KEDA Batu 13 di sini dihadiri lebih 100 orang peserta yang merupakan suri rumah dan wanita berkerjaya yang tinggal di perkampungan KEDA.

Seminar itu menampilkan ahli-ahli ISMA yang pakar dalam bidang masing-masing seperti Dr. Murizah Mohd Zain (Pakar Perunding Obstetrik Dan Ginekologi), Ustazah Junainah Jaafar (Guru Agama Bertauliah) dan Puan Rohaizah Jantan (Usahawan Rangkaian Tadika) yang mengupas ilmu-ilmu dan peranan wanita sebagai tonggak keluarga idaman syurga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *