ISMA Alor Setar, PEMBINA Kedah, Kolej Komuniti beriktikaf bersama masyarakat

PAYA KELUBI (PENDANG), 11 Ogos – Program Ihya’ Ramadhan dan Iktikaf Perdana bersama komuniti berakhir dengan jayanya hari ini setelah 3 hari berlangsung. Program kerjasama di antara ISMA Alor Setar, PEMBINA Kedah dan Kolej Komuniti Bandar Darulaman ini berjaya menarik lebih 100 orang hadirin untuk terlibat dalam pelbagai aktiviti yang telah disusun.

Program yang bermula pada 9 Ogos di Masjid Jamek Ar-Rahman, Paya Kelubi ini merangkumi majlis berbuka puasa bersama penduduk kampung dan ahli kariah, solat Maghrib dan solat Isyak berjemaah seterusnya solat sunat tarawih.

Turut disusun ialah bacaan ma’thurat secara beramai-ramai serta perkongsian tazkirah dan kuliah dari pimpinan ISMA dan jawatankuasa masjid. Ustaz Dr. Ridzuan bin Ahmad, Naib YDP ISMA Sungai Petani yang turut menyertai program ini telah menyampaikan kuliah Subuh berkenaan “Iktikaf Mencari Lailatul Qadar”. (Tonton di: http://www.youtube.com/watch?v=rEycFDsKO2w)

Selain itu, qiamullail, gotong-royong mengecat bangunan masjid dan sumbangan zakat kepada ahli-ahli kariah masjid yang cemerlang turut diadakan.

Media ISMA Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *