ISMA Alor Setar persiap kekuatan hadapi banjir

BANDAR DARULAMAN, 2 November – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Alor Setar akan bersiap-sedia untuk menghadapi musim banjir pada penghujung tahun ini di Kedah.

Menurut Yang di-Pertua ISMA Alor Setar, Dr. Zulkifli Yusof, satu jawatankuasa pengurusan bencana banjir akan dibentuk lebih awal pada tahun ini supaya persiapan untuk menghadapi bencana itu nanti dapat dibuat lebih awal. Satu mesyuarat khas juga akan diadakan bagi merangka strategi terbaik mengawal situasi banjir nanti berdasarkan kekuatan tenaga kerja yang ada.

Untuk rekod, banjir teruk di Kedah terutamanya di kawasan Jitra dan Alor Setar melanda pada tahun 2005 dan 2010 telah melumpuhkan sistem pengangkutan dan ekonomi di kawasan-kawasan ini.

Pada tahun ini, Jabatan Meteorologi Malaysia telah mengeluarkan peringatan kemungkinan banjir yang lebih teruk bakal berlaku pada tahun ini di utara tanah air memandangkan peratus penurunan hujan yang mendadak dalam tempoh beberapa bulan ini.

ISMA Alor Setar menggesa penduduk Kedah terutamanya di kawasan yang pernah dilanda banjir supaya mengambil langkah persediaan awal dalam menghadapi bencana nanti.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *