ISMA Alor Setar rai pasangan pengantin baru

BANDAR DARULAMAN, 13 Januari – ISMA Alor Setar meraikan pasangan pengantin baru, Fakhruddin Afif bin Fauzi dan Ummu Hanani bt Ab Rahman dalam satu jamuan kecil-kecilan yang diadakan di Tadika Tasneem Bestari, Taman Tengku Maheran.

Majlis ringkas ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis, disusuli dengan ucapan oleh YDP ISMA Alor Setar, Dr. Zulkifli bin Yusof. Ustaz Abdul Fisol bin Md Isa merangkap Ketua Biro Tarbiyah ISMA Alor Setar kemudian mengambil kesempatan memberi sedikit tazkirah ringkas berkaitan perencanaan baitul muslim.

Fakhruddin merupakan Ketua Biro Belia ISMA Alor Setar telah diijab kabulkan pada 23 Disember yang lalu di Shah Alam.

Hadirin dihidangkan dengan juadah nasi kerabu istimewa dan pelbagai kuih-muih.

Media ISMA Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *