ISMA Alor Setar tekad tegakkan keadilan buat Adib

TEBENGAU, 26 Disember – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar bertekad untuk menegakkan keadilan buat Allahyarham Muhammad Adib bin Mohd Kassim, Pegawai Bomba Kanan II yang meninggal dunia akibat kejadian rusuhan ketika bertugas di Kuil Sri Mahariamman, Subang Jaya, bulan lalu.

Ini ditegaskan oleh delegasi ISMA Alor Setar yang menziarahi keluarga allahyarham di Kampung Tebengau, semalam.

Antara yang hadir dalam sesi ziarah ialah Naib Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Tuan Guru Haji Abdul Fisol Mohd Isa dan isteri, Ustazah Hajah Junainah bt Jaafar.

Turut sama dalam sesi kunjungan itu ialah Pengerusi Yayasan Ikhlas, Dato’ Rosli bin Mohd Ramli dan isteri, Datin Asmahan Zaidon serta Pengurus Besar Yayasan Ikhlas, Ir Kamaruddin Kasim dan isteri.

Di akhir sesi pertemuan, Dato’ Rosli mewakili Yayasan Ikhlas memberi sedikit sumbangan kewangan kepada keluarga allahyarham.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.