ISMA Alor Setar terima kunjungan ISMA Sungai Petani

ALOR SETAR, 18 Oktober – ISMA Alor Setar berbesar hati menerima kunjungan ahli-ahli dan pimpinan cawangan ISMA Sungai Petani di sini, baru-baru ini.

Kehadiran rombongan ISMA Sungai Petani disambut oleh Naib Yang Dipertua, Tuan Guru Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa dan ahli-ahli cawangan di kediaman beliau di Taman Pulai Jaya.

Mereka diperdengarkan dengan tazkirah ringkas oleh Ustaz Fisol seterusnya perkongsian pengalaman amal dakwah di cawangan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *