ISMA Alor Setar terima sijil penghargaan

Setiausaha ISMA Alor Setar sedang menerima sijil penghargaan daripada Menteri Besar Kedah

18 Disember 2010 – ISMA cawangan Alor Setar bersama-sama NGO dan agensi kerajaan yang terlibat dalam operasi membantu mangsa banjir telah diraikan dalam satu majlis yang dianjurkan oleh Pejabat Daerah Kubang Pasu di Dewan Wawasan, Jitra. Turut diraikan ialah individu dan syarikat korporat yang memberikan sumbangan kepada mangsa banjir. Upacara penyampaian sijil penghargaan telah disempurnakan oleh Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Ust. Hj Azizan Abd. Razak.  En Faisol Elham selaku setiausaha telah mewakali ISMA Alor Setar dalam majlis tersebut.

Wakil swasta & NGO

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *