Isma Alor Setar, Yayasan Ikhlas kumpul RM 12,000 bantu golongan asnaf

photo149880911544036058

ALOR SETAR, 26 Jun – Projek Bakul Ramadan anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Alor Setar dan pertubuhan kebajikan Yayasan Ikhlas berjaya mengumpul lebih RM 12,000 untuk disalurkan kepada golongan asnaf dan fakir miskin di sini.

Aktiviti serahan sumbangan dilaksanakan sendiri oleh ahli-ahli Isma Alor Setar sendiri kepada asnaf dan fakir miskin di sekitar Kanchut, Mergong, Kuala Kedah, Pokok Sena, Kampung Kubor Panjang, Jalan Langgar, Alor Mengkudu dan Simpang Kangkong.

photo193096301245737332

Menurut Yang Dipertua Isma Alor Setar, Dr. Zulkifli Yusof, ini adalah sebagai memberi pengalaman kepada ahli-ahli Isma untuk merasai sendiri penderitaan dan jerih perih golongan asnaf, seterusnya memberi keinsafan kepada diri akan perlunya bersyukur dengan pemberian daripada Allah s.w.t.

photo63059612239243810

Setakat semalam, sebanyak 29 buah keluarga menerima sumbangan berupa barangan keperluan asas seperti beras dan minyak masak, kuih raya dan wang tunai.

Selain itu, sumbangan turut disalurkan kepada fakir miskin di sekitar Malau, Jitra melalui Isma Cawangan Kubang Pasu.photo24956736858336016

Sementara itu, Ketua Wanita Isma Cawangan Alor Setar, Dr. Murizah Mohd Zain menghulurkan ucapan jutaan terima kasih kepada para penyumbang yang sama-sama mengimarahkan Ramadan dengan menjayakan projek Bakul Kasih Ramadan.

One thought on “Isma Alor Setar, Yayasan Ikhlas kumpul RM 12,000 bantu golongan asnaf

  1. Assalamualaikum wbt.Ada seorang lelaki Melayu dari asnaf fakir miskin bernama Saudara Adila Bin Suboh. Beliau berasal dari Melaka. Beliau berumur 44 tahun. Beliau tidak mempunyai rumah dan kenderaan sendiri. Beliau sentiasa berada dalam keadaan daif dan hidup dalam serba kekurangan. Beliau tidak mampu menyara keluarganya kerana kesempitan wang. Adakala beliau tidak makan dan mandi beberapa hari. Beliau mengharapkan belas kasihan dari orang yang prihatin dengan keadaan nasibnya. Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan wang secara ikhlas, boleh derma ke akaun maybank 151089317354 Adila Bin Suboh. Sumbangan anda dapat meringankan beban orang yang memerlukannya. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *