ISMA Alor Setar, Yayasan Ikhlas sumbang RM 16,600 bantu keluarga nelayan Kuala Kedah

KUALA KEDAH, 25 Disember – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar dan Yayasan Ikhlas menyumbangkan RM 16,600 kepada 91 buah keluarga nelayan miskin di sekitar Kuala Kedah.

Majlis serahan sumbangan diadakan di Masjid Al-Ma’arufi, Kampung Seberang Kota di sini, pagi tadi.

Menurut Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Dr. Zulkifli Yusof, program kali ini merupakan penganjuran tahun ke-4 diadakan dengan kerjasama Yayasan Ikhlas dalam usaha membantu golongan kurang berkemampuan bagi meringankan beban perbelanjaan sesi persekolahan anak-anak nanti.

Penerima-penerima sumbangan merupakan pelajar-pelajar dari keluarga nelayan miskin dari Kampung Seberang Kota, Kampung Seberang Alor, Kampung Telok Talipon dan Kampung Padang Garam.

Setiap keluarga menerima sumbangan berupa beg sekolah, alat tulis dan wang tunai serta pelbagai pakaian sekolah yang ditebus melalui kupon yang disediakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.