ISMA Alor Setar ziarah Syazwan

KEPALA BATAS, 22 Julai – ISMA Alor Setar melalui Yang di-Pertua, Dr. Zulkifli Yusof dan beberapa orang aktivis ISMA menziarahi Mohd Syazwan yang mendapat kemalangan tiga hari lepas.

Mohd Syazwan, penuntut tahun pertama Kolej Universiti Insaniah (KUIN) ditimpa kemalangan apabila motosikal yang dinaiki dihimpit sebuah kereta sewaktu dalam perjalanan ke Alor Setar dari rumahnya di sini. Syazwan mengalami luka parah di bahagian mulut dan paha serta menerima beberapa jahitan.

Dr. Zulkifli sempat memberikan sedikit sumbangan kepada Syazwan bagi pihak ISMA Alor Setar sebagai meringankan beban beliau.

Warga ISMA Alor Setar berdoa agar Mohd Syazwan cepat sembuh.

Media ISMA Kedah (Alor Setar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *