ISMA edar Takwim Ramadhan di Alor Setar, Jitra

JITRA, 5 Julai – ISMA Alor Setar telah mengedar beberapa ribu keping takwim Ramadhan kepada masyarakat di Alor Setar dan Jitra bermula semalam.

Edaran takwim ini dikelolakan oleh Biro Wanita dengan kerjasama Biro Dakwah ISMA Alor Setar dan dibuat di Jalan Langgar, Jalan Sultanah, pekan Jitra dan Bandar Darulaman.

Edaran ini dilaksanakan bersempena menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak tidak lama lagi selain memperkenalkan ISMA dan agensi-agensi ISMA kepada masyarakat setempat.

ISMA Alor Setar mengambil kesempatan mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadhan dengan penuh persediaan.

Takwim boleh dimuat turun di sini: http://ismaalorsetar.net/wp-content/uploads/2013/07/takwimramadhan1434.jpg

takwimramadhan1434

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *