ISMA garap peluang perkenal agenda di utara tanah air

aIMG_0990_b

JITRA, 13 Disember – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar mengambil peluang sepenuhnya untuk memperkenalkan agenda ISMA kepada masyarakat Jitra di Karnival Jom Sihat & Ceria di Jitra Mall, siang tadi.

Program yang berakhir jam 6 petang itu menyaksikan hampir 1000 pengunjung Jitra Mall datang dan berbual bersama-sama pimpinan dan petugas ISMA yang ada. Kesemua pimpinan ISMA Alor Setar turun padang bersama-sama para pengunjung termasuklah Dr. Zulkifli Yusof (Yang Dipertua), Ustaz Mohd Kashfi Ali (Naib Yang Dipertua) dan Ustazah Siti Rahmah Rahmat (Ketua Wanita).

Selain ISMA, biro dan agensi-agensi lain seperti Wanita ISMA, Biro Keluarga & Masyarakat, PEMBINA, KRIM dan I-Medik juga membuka kaunter aktiviti masing-masing.

“ISMA mengucapkan jutaan terima kasih kepada para pengunjung yang hadir dan telah mendaftarkan diri menjadi ahli ISMA. Teruslah mengenali ISMA dan bersama-sama kami dalam pelbagai aktiviti tarbiyah dan kemasyarakatan berlandaskan Islam yang syumul,” ujar Dr. Zulkifli sewaktu majlis penutup.

Beliau turut menyucapkan terima kasih kepada semua ahli ISMA yang hadir menjayakan karnival ini dan menyifatkan ia satu kejayaan dalam memperkasakan posisi dan agenda ISMA di utara tanah air.

Penganjuran ISMA dalam karnival ini juga berjaya menarik lebih 100 keahlian baru.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *