ISMA Kedah meraikan pasangan mempelai baru

Ustaz Ridzuan sedang berucap, diperhatikan oleh Ustaz Najib (kiri) dan Dr. Zulkifli.

ALOR STAR, 16 Jun – Satu majlis jamuan tengah hari telah diadakan bagi meraikan pasangan-pasangan pengantin yang baru mendirikan rumah tangga baru-baru ini.

Antara mereka yang diraikan ialah pasangan Adli dan Ku Hasna serta pasangan Mohd Amal Asrol dan Nor Fazzliana.

Jamuan ini merupakan inisiatif bersama ISMA Alor Star, ISMA Jitra dan ISMA Sungai Petani sebagai tanda penghargaan dan kesyukuran atas Baitul Muslim yang berjaya dibina. Juadah makan tengahari tersebut disediakan secara gotong-royong oleh para aktivis ISMA semenjak malam semalam lagi.

Yang di-Pertua ISMA Alor Star, Dr. Zulkifli Yusof dalam ucapan ringkasnya berasa amat terharu dan bangga kerana tidak pernah dalam sejarah ISMA di Kedah, tiga Baitul Muslim dibina dalam tempoh yang sangat dekat.

Ustaz Ridzuan dari ISMA Sungai Petani pula mengharapkan pasangan-pasangan baru mendirikan Baitul Muslim ini agar belajar memahami pasangan masing-masing, selain menjadikan mahligai yang dibina menjadi pelonjak amal.

Media ISMA Alor Star

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *