ISMA sokong penubuhan Jawatankuasa Pusat tangani isu murtad

BANGI, 27 Januari – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyokong penubuhan Jawatankuasa Pusat Penguatkuasaan Undang-undang Syariah dalam menangani isu murtad yang kini semakin berleluasa di Malaysia.

Menurut Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, perkara tersebut disifatkan sebagai satu tindakan yang tepat sekaligus dapat memperkukuhkan perlembagaan dan menjadikan Islam agama yang perlu dihormati.

Beliau berkata, ISMA menyokong penuh penubuhan Jawatankuasa Pusat tersebut yang bertujuan untuk mempertingkatkan lagi penguatkuasaan enakmen berhubung penyebaran agama oleh bukan Islam kepada orang Islam.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, jawatankuasa itu akan memantau secara dekat pelaksanaan penguatkuasaan enakmen tersebut oleh jabatan agama Islam negeri masing-masing.

Penubuhan jawatankuasa ini juga bertujuan menjaga keharmonian masyarakat dan pembelaan kepada mereka yang dimurtadkan.

Sumber: ISMA Pusat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *