ISMA tidak rasis, tetapi …

DAP_flag2

Penentangan dan kritikan bertubi-tubi ISMA terhadap DAP di samping seruan ISMA terhadap persepakatan UMNO-PAS dilihat sebagai satu tindakan rasis, asobiah dan mengenepikan hak orang Cina di bumi Malaysia.

ISMA tidak mengenepikan hak mana-mana bangsa sebagai warganegara Malaysia.

ISMA sebenarnya melihat Perlembagaan Persekutuan atas neraca Islam dan memberi kebaikan kepada semua rakyat Malaysia atas dasar syarak.

ISMA menentang DAP bukan kerana DAP adalah orang Cina tetapi DAP berdasarkan perlembagaan parti itu sendiri melihat Perlembagaan Persekutuan dengan neraca Barat dan boleh menghapuskan identiti Malaysia sebagai negara Islam serta menidakkan hak Melayu sebagai bumiputera di Malaysia.

DAP cuba merubah maksud Perlembagaan Persekutuan kepada hak kebebasan beragama, hak sama rata sesama rakyat dalam segenap aspek.

ISMA mahu masyarakat memahami Perlembagaan Persekutuan dalam konteks menjaga hak asasi rakyat Malaysia berteraskan Islam, tetapi DAP mahu menterjemahkan Perlembagaan Persekutuan kepada undang-undang sekular, demokrasi dan hak asasi ala Barat.

ISMA tidak rasis, tetapi ISMA mahu memposisikan semula Malaysia dan Perlembagaan Persekutuan ke martabat yang mulia di mata Allah s.w.t.

ISMA tidak bersendirian, tetapi ISMA mengalu-alukan semua badan, parti politik dan pimpinan mengerahkan usaha masing-masing ke arah ini.

Oleh:
Fakhruddin Afif bin Fauzi
Pengarang
ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *