ISMA undi parti perjuang manifesto agenda Islam

KOTA BHARU, 15 Jun – Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) akan menyokong dan mengundi parti yang memperjuang agenda Islam di dalam manifesto pilihanraya akan datang.

Naib Presiden 2 ISMA, Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni berkata, “ISMA masih menunggu pembentangan manifesto parti-parti yang bakal bertanding dan parti mana yang lebih ke depan membawa  agenda Islam, parti itulah yang akan disokong.”

Beliau berkata demikian di dalam program Bual Bicara Bersama Facebookers yang bertajuk “PRU 13: Peranan Kuasa Ketiga” anjuran Pejabat Kerajaan Negeri Kelantan yang bertempat di Balai Islam Kota Bharu malam tadi.

Turut menjadi panelis ialah YB Dato’ Mohd Amar Nik Abdullah, Dr Yusri Mohamad dan Dr Maszlee Malik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *