Isu Amanat TGHH: Lihat kesan kepada masyarakat Islam, bukan politik

ust lah amanat

BANGI, 4 Januari – Kenyataan media yang dibuat oleh Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman baru-baru ini berkaitan isu amanat Presiden PAS, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, bukan bertujuan untuk menambah keruh percakaran politik sedia ada, tetapi hanya untuk memperbetulkan tanggapan yang salah terhadap amanat berkenaan oleh masyarakat Islam di Malaysia, khususnya golongan Melayu yang tinggal di luar bandar.

Ketika membuat ulasan kenyataan rasmi tersebut, Ustaz Abdullah Zaik menyebut 2 perkara yang menjadi kesalahan dalam amanat tersebut sehingga menimbulkan salah faham.

Kesalahan yang pertama ialah dengan menggunakan istilah ‘perang’ ke atas UMNO. Menurut beliau, maksud perang dalam Islam ialah jihad senjata yang membawa kepada syahid.

Kesalahan yang kedua ialah amanat telah menyebabkan individu dan masyarakat Islam boleh mengkafirkan sesama sendiri. Hal ini sangat bercanggah dengan kaedah Islam yang sangat sukar untuk menuduh seseorang murtad walaupun seseorang itu telah mengingkari apa yang jelas disuruh oleh Islam secara sengaja.

“ISMA melihat isu (amanat) ini secara maslahah semasa, (kita) tidak mahu mewarisi percakaran antara kedua-dua pihak (UMNO dan PAS) hanya kerana salah faham, bukan nak masuk-campur hal politik,” tegas beliau di sesi akhir sidang media.

Justeru itu, Ustaz Abdullah Zaik meminta agar Tuan Guru membuat pembentulan atau menjelaskan semula amanat tersebut agar masyarakat tidak bertindak luar daripada batasan syarak.

Rakaman penuh kenyataan media berkenaan boleh ditonton di TV ISMA: http://www.youtube.com/watch?v=ZrE2sWdMbig

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *