Jamuan Kesyukuran Ummah dapat sambutan hangat

jamuan2

ALOR SETAR, 8 Jun – Jamuan Kesyukuran Ummah yang diadakan di Taman Pulai Jaya mendapat sambutan hebat daripada penduduk tempatan dan para penyokong. Majlis tidak henti-henti menerima kehadiran para tetamu bermula jam 12.00 tengahari lagi sehingga  menghampiri 4.00 petang.

Majlis diadakan untuk meraikan sokongan para penduduk tempatan dan warga pengundi di Parlimen Alor Setar dan Derga yang sudi menyokong agenda ISMA semasa pilihanraya umum ke-13 yang lalu.

Dianggarkan hampir 300 hadirin memeriahkan jamuan ini.

Turut diadakan majlis ini adalah bersempena menyambut ketibaan Ramadan al-Mubarak tidak lama lagi.

jamuan1

Selain jamuan makan berupa nasi daging dan kuih-muih, turut diadakan kaunter pendaftaran keahlian ahli baru ISMA yang tidak kurang mendapat perhatian hadirin yang hadir.

ISMA Alor Setar merupakan salah satu cawangan ISMA di zon utara tanah air, selain ISMA Kangar dan ISMA Sungai Petani.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *