Jemputan ke Seminar Bicara Kewangan Semasa 7 November ini

Poster Bicara Kewangan Semasa

Isma Alor Setar dan Isma Kubang Pasu akan menganjurkan Seminar Bicara Kewangan Semasa.

Seminar bakal mengupas isu-isu kewangan semasa yang membelenggu kehidupan kita seharian, seterusnya perkongsian tips mengurus kewangan diri dan keluarga.

Seminar akan disampaikan oleh 2 orang pakar dalam bidang kewangan dan perakaunan, iaitu Prof. Madya Dr. Kamarun Nisham bin Taufil Mohd dan Dr. Rohaida bt Abdul Latif daripada Universiti Utara Malaysia.

  • Tarikh: 7 November 2015 (Sabtu)
  • Tempat: Pejabat Isma Alor Setar, Taman Vistana Indah, Jalan Langgar
  • Masa: 8.00 pagi hingga 1.00 petang
  • Yuran Penyertaan: RM10 seorang

Daftar segera! Hubungi

  • Tuan Haji Khalil: 013-433 5561 atau
  • Dharma: 013-247 0585

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *