Jom ubah diri sempena Ramadhan ini!

stop-smoking1. Bulan puasa merupakan bulan mengekang hawa nafsu, dan MEROKOK merupakan tabiat buruk yang paling baik untuk dihentikan, bermula dengan berpuasa. Kita berpuasa di siang hari mampu menahan diri daripada tidak merokok, kenapa tidak pada malamnya kita terus menjauhi rokok walau sebatang? Bukan sahaja baik untuk kesihatan, malah menjimatkan wang! Harga rokok pun dah mahal sekarang …

“Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”. (Surah Al-Baqarah, 195)

2. Bulan puasa juga dikenali sebagai bulan AL-QURAN. Di sana sini kita akan melihat ada yang bertadarus, bertilawah dan bertasmi’ hafalan masing-masing. Terasa jauh sekali kemampuan diri berbanding mereka yang lancar bacaannya. Kenapa tidak kita kembali mendekati al-Quran yang kelak akan memberi syafaat di akhirat kelak? Allah s.w.t. tidak melihat usia dan kehebatan seseorang, tetapi Allah s.w.t. melihat usaha seseorang itu, apatah lagi usaha untuk mempelajari al-Quran?

Daripada Uthman r.a : Nabi saw bersabda, “Sebaik-baik kamu adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya.” [Sahih Bukhari (1452)]

3. Puasa untuk JAGA PEMAKANAN? Boleh! Mintalah isteri kita masakkan masakan yang kurang minyak, kurang gula dan kurang garam serta hanya hidangkan air kosong sebagai minuman berbuka. Latihlah diri dengan makan makanan yang seimbang. Penyakit semakin banyak, bulan puasa inilah nak mula jaga makan, kan? Semasa berbuka, insyaAllah kita akan makan sahaja apa yang terhidang kerana lapar.

4. Bulan puasa ini latihlah diri kita golongan lelaki untuk SOLAT DI MASJID setiap waktu. Bulan puasa ini kita pasti akan ke masjid untuk bersolat Isyak, tarawih dan solat Subuh. Istiqamahlah, dan kekalkanlah rasa mahu bersolat di masjid apabila bulan puasa berakhir.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *