Karnival Khidmat Masyarakat Kuala Nerang dapat sambutan hebat

KUALA NERANG, 15 Januari – Buat julung kalinya, Ikatan Pengamal Perubatan Muslimin Malaysia (I-Medik), ISMA Cawangan Alor Setar dan PEMBINA berjaya menganjurkan program Karnival Khidmat Masyarakat di perkarangan Masjid Kampung Kubang Palas, Kuala Nerang. Karnival yang bermula seawal 9.00 pagi ini dihadiri hampir 400 orang penduduk kampung dan masyarakat sekitar dari pelbagai lapisan umur.

Program bersama masyarakat kampung ini menampilkan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong perdana, pemeriksaan kesihatan percuma dan kempen derma darah. Untuk kanak-kanak pula diadakan pertandingan mewarna manakala untuk pelajar-pelajar IPT yang hadir, mereka dihidangkan dengan perkongsian kerjaya oleh berberapa orang pelajar dari Royal College of Medicine Perak.

Turut diadakan ialah ceramah kesedaran kesihatan oleh Dr. Ummu Harieza Abdul Aziz, Pegawai Perubatan Klinik Kesihatan Kangar.

Program yang dirasmikan oleh Pegawai Agama Daerah Padang Terap turut mendapat kerjasama sepenuhnya dari Kolej MARA Kuala Nerang, Pejabat Kesihatan Daerah Padang Terap, Aman Palestin Berhad dan juga jawatankuasa masjid.

ISMA Alor Setar dihadiri oleh Dr.Zulkifli Yusof selaku Yang di-Pertua dan beberapa ahli jawatankuasa cawangan. Dr.Zulkifli dan isteri, Dr.Murizah Mohd Zain turut sama membuka kaunter pemeriksaan percuma kepada masyarakat yang hadir.

Media ISMA Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *