Karnival Khidmat Masyarakat Kuala Nerang: Satu retrospeksi

Alhamdulillah, Karnival Khidmat Masyarakat I-Medik di Kg. Kubang Palas, Kuala Nerang yang lalu telah berjaya dilangsungkan dengan lancar. Saya bagi pihak I-Medik ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini secara langsung atau tidak langsung. Dari segi sambutan sangat menggalakkan.

Berikut adalah sedikit laporan dari segi facts and figures:

  • Jumlah pemeriksaan kesihatan mencecah 200 orang berdasarkan 177 kad pendaftaran yang dibawa balik. Saya dimaklumkan ada juga pesakit yang membawa balik kad mereka. Ini satu jumlah yang ramai mengalahkan khidmat masyarakat lain yang pernah saya hadiri, bahkan menghampiri satu sesi klinik pesakit luar di Daerah Kota Setar!
  • Jumlah pemeriksaan “Pap Smear” adalah 17 orang. Ini juga satu jumlah yang baik kerana mengikut sasaran Kementerian Kesihatan melalui aktiviti promosi kesihatan, Klinik Desa Padang Sanai yang membuat liputan di Kubang Palas dikehendaki melakukan 85 pemeriksaan “Pap Smear” setahun. Kita telah berjaya menyelesaikan 1/5 sasaran mereka dalam masa sehari.
  • Jumlah derma darah adalah sebanyak 47 penderma. Ini juga satu jumlah yang baik. Pegawai pengurus tabung darah tersenyum lega apabila dapat membawa balik banyak darah untuk kegunaan mereka. Pendermaan darah dikira baik jika melebihi 40 orang penderma. Setakat ni mengikut rekod, mereka pernah menerima 70 orang penderma dari pertubuhan Buddha.
  • Peserta kanak-kanak untuk program mewarna mencecah 80 orang dan diuruskan dengan baik oleh Cikgu Aishah. Semuanya tersenyum mendapat “doorgift” pemberian unit farmasi. Asalkan masuk pertandingan, tak kira menang atau kalah akan mendapat “doorgift” yang menarik!

Sekali lagi, terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan program ini dan kehadiran semua ke program ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *