Keadilan untuk Adib

Kematian anggota bomba Muhammad Adib bin Mohd Kassim bukan sahaja ditangisi keluarga terdekat malah seluruh rakyat Malaysia yang berjiwa prihatin meratapi kehilangan beliau.

Arwah Adib mewakili penjawat awam barisan hadapan yang sentiasa bersiap siaga, rela mengorbankan kepentingan sendiri demi mempertahankan keselamatan awam.

Mereka bersikap berkecuali dan memberi perkhidmatan apabila dipanggil. Arwah Adib dan anggota bomba yang lain berada di tempat kejadian sejurus mendapat panggilan berikutan kebakaran di lokasi rusuhan. Adalah amat tidak wajar sekiranya mereka yang datang memberi pertolongan dikasari, dicederakan sehingga membawa kematian.

ISMA Alor Setar menggesa supaya tindakan tegas tanpa kompromi di ambil kepada sesiapa sahaja yang melakukan kekasaran kepada anggota awam yang sedang menjalankan perkhidmatan. Kami juga menyeru supaya pemimpin tidak mengeruhkan suasana dengan mengeluarkan pelbagai kenyataan yang boleh mencetuskan kontroversi.

Takziah buat keluarga Adib. Semoga kematian ini akan mendapat keadilan dan pembelaan.

Dr Zulkifli bin Yusof
YDP ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.