Kedah dalam Empayar Islam Siam?

Selain versi sejarah kesultanan negeri Kedah berdasarkan At-Tarikh Salasilah Kedah yang ditulis pada zaman pemerintahan Sultan Abdul Hamid Halim Shah dan Hikayat Merong Mahawangsa (siap ditulis pada tahun 1880-an), terdapat satu lagi dokumen penting yang masih wujud sebagai asas sejarah negeri jelapang padi ini, iaitu Undang-undang Kedah.

Manuskrip Undang-undang Kedah merupakan penulisan semula pelbagai undang-undang, sejarah dan peristiwa negeri bermula tahun 837 masihi, sebelum dijadikan manuskrip pada tahun 1650-an pada zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin.

Walaupun lebih lama sejarah penulisannya, manuskrip ini hanya berjaya dikembalikan ke Malaysia dari simpanan pihak Inggeris di London pada tahun 2003.

Dari aspek pemerintahan negeri Kedah, manuskrip ini memberikan poin-poin baru seperti berikut:

1. Kewujudan Empayar Islam Siam (berkemungkinan Ayuthia) yang pernah mendominasi sebahagian utara Tanah Melayu termasuk Kedah. Pada masa itu, Kedah mempunyai pemerintahan kesultanan sendiri tetapi memberi ufti ‘bunga emas’ kepada Siam sebagai tanda persahabatan dan negeri naungan.

2. Pemberian bunga emas kepada Siam telah biasa kita baca dalam buku-buku sejarah oleh negeri-negeri Melayu seperti Melaka dan Terengganu.

3. Apabila difikirkan semula, adakah Siam pada masa itu adalah bukan Islam / Buddha dan negeri-negeri Melayu yang diperintah Sultan yang Islam sanggup memberi bunga emas tanda ketuanan bukan Islam?

4. Selain bunga emas, kewujudan banyak masjid-masjid lama dalam negeri Thailand sekarang juga memberikan petunjuk bahawa Empayar Islam Siam pernah bertapak lama.

5. Betapa besarnya wilayah kedaulatan Kedah pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad Jiwa II juga berkemungkinan berkait dengan kedudukan Kedah sebagai sebahagian daripada Empayar Islam Siam

6. Setelah kejatuhan Empayar Islam Siam akibat serangan Burma dan kemaraan orang-orang Tai (baca sebagai Nam Tien) dari utara, wilayah Kedah pada zaman Sultan Ahmad Tajuddin II mula bebas daripada menjadi negeri kedaulatan Siam, tetapi menjadi tanah jajahan Empayar Thai kemudiannya.

7. Pun begitu, peristiwa Perang Musuh Bisik memberikan 2 kemungkinan lain siapakah pihak yang menyerang Kota Kuala Kedah, iaitu adakah orang-orang Siam Islam yang mahu menghalang Kedah daripada bebas daripada menjadi wilayah Siam (disebabkan tindakan Sultan Ahmad Tajuddin II sendiri?), atau orang-orang Tai yang kafir yang mahu menawan Kedah setelah empayar Islam Siam tumbang.

8. Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada zaman pemerintahannya pernah dilantik menjadi Pesuruhjaya Thai bagi menjaga 4 wilayah selatan iaitu Kedah, Perlis, Kubang Pasu dan Satun sehingga tahun 1909 apabila Penjanjian Inggeris – Siam dimeterai.

9. Selain Kesultanan Melayu Kedah, Pengkisahan tentang besarnya Kesultanan Melayu Melaka sebagai sebahagian jajahan Siam juga semakin kerap diceritakan dek wujudnya Ulu Melaka di Langkawi, Hilir Melaka di negeri Melaka sekarang serta Selat Melaka itu sendiri yang menganjur dari perairan Kedah-Perlis.

Apa-apa pun, sejarah Islam di Tanah Melayu dan wilayah nusantara amnya wajar dikemaskini dari semasa ke semasa berdasarkan bukti-bukti baharu, dan dihubungkaitkan dengan dengan kerajaan-kerajaan Islam lain yang berjiran (Langkat, Jambi, Acheh, Tambralinga, Champa dan sebagainya).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.