Kekuatan Islam dan Melayu di Kedah mesti dieksploitasi – Presiden Isma

ALOR SETAR, 5 Ogos – Masyarakat Melayu Islam yang tinggal di negeri Kedah mempunyai kekuatan yang jitu untuk dieksploitasi demi kedaulatan agama dan bangsa di Malaysia.

Menurut Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman, kedudukan dan kelebihan yang ada pada Kedah pada masa kini sepatutnya dipergunakan sebagai contoh terbaik kepada kerajaan untuk mendaulatkan agama Islam dan bangsa Melayu.

“Kedah tidak seperti negeri-negeri lain seperti di barat daya dan selatan tanah air yang sentiasa diasak dengan provokasi dan ancaman yang menggugat kedudukan Islam dan kedaulatan Melayu.

img_3207

“Negeri Kedah sebenarnya hebat sebagai tanah berdaulat kepunyaan bangsa Melayu dan kaya dengan keagungan tamadun Melayu dari segi teknologi dan kekuatan.

“Sejarah telah membuktikan tamadun Kedah (Sungai Batu) yang paling tua dan gah dengan teknologi perlombongan dan peleburan besi,” ujarnya.

Menurutnya lagi, Kedah pada masa kini mempunyai kelebihan dari segi bilangan bangsa Melayu Islam yang masih menjadi majoriti sepatutnya dijadikan aset kepada usaha mendaulatkan Islam dan Melayu oleh semua gerakan Islam.

Ustaz Abdullah Zaik berkata demikian ketika menyampaikan ucapan perasmian Pejabat Isma Cawangan Alor Setar di Jalan Langgar, di sini.

IMG_3266

Dalam pada itu, beliau mengingatkan ahli-ahli Isma agar bertegas dalam segala usaha untuk mendaulatkan Malaysia sebagai tanah milik bangsa Melayu.

“Bangsa Cina mempunyai tanah besarnya sendiri di China, begitu juga bangsa India yang mempunyai tanah airnya di India.

“Sekiranya Malaysia dibahagikan kepunyaannya kepada bangsa-bangsa lain, maka tanah mana yang tinggal untuk bangsa Melayu?” Soalnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.