Kemeriahan terselah di Mahrajan NAZIM Kebangsaan 2011

PUTRAJAYA, 4 Jun – Suasana  ceria menghiasi dewan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin semalam dengan pertandingan yang dianjurkan oleh Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) seluruh negara. Acara tahunan  Mahrajan NAZIM Kebangsaan disertai oleh wakil NAZIM  dari Zon Utara, Zon Tengah, Zon Timur dan Zon Selatan.

Menariknya tahun ini adalah acara Dikir Barat yang julung-julung kali dipertandingkan dan penyertaan serta persembahan acara ini amat membanggakan dari adik-adik NAZIM kita.  Ketangkasan pemain-pemain ‘percussion’ cilik dalam pertandingan Nasyid sememangnya memukau para hadirin yang menonton.

Rata-rata peserta Hafazan, Pertandingan Bercerita dan Pidato mempamerkan kepetahan mereka serta aksi-aksi yang tidak kurang hebatnya bagi merebut tempat yang dipertandingkan. Ibu-bapa, pengiring dan pelatih turut hadir memberi sokongan yang padu kepada peserta Mahrajan.

Majlis perasmian penutup Mahrajan Kebangsaan disempurnakan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman. Dalam ucapan beliau, beliau menerangkan bahawa ISMA berperanan bukan sahaja untuk membina generasi dewasa, belia dan remaja sahaja, malahan generasi kanak-kanak (NAZIM). Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Biro Wanita atas usaha murni penganjuran Mahrajan NAZIM bagi mengasah bakat-bakat terpendam anak-anak.

“Program seumpama ini adalah platform yang sangat sesuai dan bertepatan untuk anak-anak menyalurkan bakat terpendam mereka secara islami. Persaingan yang sihat antara kumpulan NAZIM ini dapat membentuk keperibadian anak-anak selain dapat menguatkan ukhwah sesama mereka”, ujar Rizwana Afeefa Binti Md.Razip, apabila ditanya pendapatnya mengenai penganjuran Mahrajan NAZIM.

Tahniah diucapkan kepada para pemenang dan bagi mereka yang kurang bernasib baik boleh berusaha lebih pada tahun hadapan. Berikat dilampirkan keputusan acara pada Mahrajan NAZIM kebangsaan 2011:

Bercerita (Lelaki)

  • Pertama:  Fathur Rahman Abdul Karim (Zon Timur)
  • Kedua:  Suhail Fadzlan Shahidi (Perak)
  • Ketiga: Huzaifah Omar (Zon Selatan)

Bercerita (Perempuan)

  • Pertama:  Aishah Inshirah Mohd Nizam (Perak)
  • Kedua:  Tasnim Zulkifli (Zon Utara)
  • Ketiga: Alia Syuhada Syaharum (Zon Selatan)
  • Saguhati: Nik Masilah Aliah Nik Rahim (Zon Timur)
  • Saguhati: Anaz Nur Illyyin Azman (Zon Tengah)

Pidato  (Lelaki)

  • Pertama:  Ahmad Muzakkir Ridzuan (Zon Utara)
  • Kedua:  Suhair Fadlan Shahidi (Perak)
  • Ketiga: Muhd Ihsan Mohd Fauzi (Zon Tengah)
  • Saguhati: Ammar Badrulhisham (Zon Timur)

Pidato  (Perempuan)

  • Pertama:  Hafizatul Afaf Mohd Nizam (Perak)
  • Kedua:  Alia Syazwana (Zon Selatan)
  • Ketiga: Syifa Mohd Fauzi (Zon Tengah)
  • Saguhati: Nur Damia Khalida Kasim (Zon Timur)
  • Saguhati: Nor Maisarah Mohd Ali (Zon Utara)

Hafazan Tahap 1  (Lelaki)

  • Pertama:  Muhd Hasanuddin Mohd Faizal (Utara)
  • Kedua:  Urkhan Ahmad Azhari (Zon Selatan)
  • Ketiga: Khalil Saifullah Khairuddin (Zon Tengah)
  • Saguhati: Muhammad Ameer Rahimi Mohd Amran (Timur)

Hafazan Tahap 1  (Perempuan)

  • Pertama:  Lubna Aminuddeen (Perak)
  • Kedua:  Fati Aqilah Mohamad Husaini (Zon Selatan)
  • Ketiga: Balqis Mohd Muslim (Zon Tengah)
  • Saguhati: Syifa Aqila Abdul Rahman (Zon Timur)

Hafazan Tahap 2  (Lelaki)

  • Pertama:  Suhaib Norhisham (Zon Selatan)
  • Kedua:  Arif Imran Kamaruzaman (Zon Tengah)
  • Ketiga: Anif Wajdee Ahmad Rushdi (Perak)
  • Saguhati: Abu Ubaidah Zulkifli (Zon Utara)

Hafazan Tahap 2 (Perempuan)

  • Pertama:  Maryam Wafa’ Mohd Rusydi (Zon Tengah)
  • Kedua:  Anis Aqila Abdul Rahman (Zon Timur)
  • Ketiga: Syakiratul Husna Mohd Tahir (Zon Selatan)
  • Saguhati: Hakimah Hanim Hamidi (Zon Utara)
  • Saguhati: Hafizatul Afaf Mohd Nizam (Perak)

Nasyid (Lelaki)

  • Pertama:  Kid’s Amsar (Zon Timur)
  • Kedua:  Jilul Mansyud (Zon Utara)
  • Ketiga: NAZIM Kelang (Zon Tengah)
  • Saguhati: NAZIM Selatan (Zon Selatan)
  • Saguhati: NAZIM Perak (Perak)

Dikir Barat

  • Pertama:  Permata Raudhah (Zon Tengah)
  • Kedua:  Jilul Hawariyyun (Zon Timur)
  • Ketiga: Wakil Perak
  • Saguhati: Hang Tuah Utara (Zon Utara)
  • Saguhati: Wakil Zon Selatan

PIALA PUSINGAN JOHAN ZON

JOHAN KESELURUHAN : ZON TENGAH

Sumber: Laman web Wanita ISMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *