Kempen Kasih Syawal bantu 20 keluarga muda terkesan COVID-19

ALOR SETAR, 23 Mei 2020 – Pemuda ISMA Cawangan Alor Setar turut berganding bahu bersama-sama sayap Pemuda cawangan di seluruh negara untuk membantu keluarga-keluarga setempat khususnya dari kalangan generasi muda yang terkesan akibat pandemik COVID-19.

Sebanyak 20 buah keluarga dari kalangan rakan-rakan Pemuda ISMA ALor Setar dan adik-adik ahli Kelab Remaja ISMA (KRIM) Alor Setar menerima sumbangan berupa keperluan asas seperti beras dan minyak masak serta sejumlah wang tunai.

Diharapkan agar sumbangan yang diberikan sedikit sebanyak memberi keringanan kepada mereka dan memberi kegembiraan untuk menyambut Syawal tahun ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.