Kempen “Say No To Zina” diteruskan di SBPI Kubang Pasu

a2

BUKIT KAYU HITAM, 18 April – Program “Say No To Zina” anjuran I-Medik Kedah dengan kerjasama Kelab Remaja Isma (KRIM) diteruskan penganjurannya di SBPI Kubang Pasu, di sini.

Program separuh hari melibatkan semua pelajar sekolah berprestasi tinggi ini dimulakan dengan ceramah tentang psikoseksualiti remaja oleh Dr. Tahirah Karim, aktivitis I-Medik yang juga Pegawai Kesihatan dari Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

a1

Program diteruskan dengan sesi forum. Dalam sesi ini, Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Dr. Zulkifli Yusof bergandingan dengan Pengerusi I-Medik Kedah, Dr. Murizah Mohd Zain dan Ketua Wanita ISMA Alor Setar, Ustazah Siti Rahmah Rahmat sebagai panelis jemputan.

Topik gejala zina di kalangan remaja menjdi topik perbincangan dan dikupas dari pelbagai aspek agama, perubatan dan psikologi. Turut disentuh ialah perihal kecenderungan terhadap jantina sejenis yang mula dilihat norma biasa oleh sebahagian masyarakat dunia.

a3

Sesi forum dihabiskan dengan pelbagai soalan diajukan oleh para pelajar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *