Kepimpinan mesti dilatih, bukan ditunggu

“Manusia itu ibarat seratus unta yang akan didapati daripadanya hanya satu boleh dijadikan kenderaan.” maksud sabda nabi.

Yang benar-benar berkemampuan untuk bermusafir jauh hanya 1% sahaja.

Sebab itu apabila ada seorang sahabat mencadangkan seorang nama kepada Amirul Mukminin Umar al-Khattab untuk dilantik memegang satu jawatan beliau bertanya:

“Pernah kamu bermusafir dengannya?” Jawabnya : “Tidak.”
“Pernahkah kamu bermalam di rumahnya?” Jawabnya : “Tidak.”
“Pernahkah kamu berurusan jual beli dengannya?” Jawabnya : “Tidak.”

Lantas Amirul Mukminin berkata:

“Kalau begitu kamu tidak mengenalinya”.

Dan beliau tidak menerima cadangan tersebut.

Kerana ketika mengharungi kepayahan bermusafir akan terserlah sifat kepimpinan yang mengambil berat dan mengutamakan orang lain daripada dirinya. Dengan bermalam di rumahnya akan dapat diketahui apakah dilakukannya sepanjang malam. dan dengan berjual beli akan terserlah sifat kejujuran, amanah, menunaikan janji dan rahmatnya.

Kepimpinan boleh dilatih dan dibentuk, bukan hanya menunggunya datang dari langit, kerana wahyu telah berakhir.

Oleh:
Ustaz Haji Annuar Salleh Husain
Pengerusi Biro Dakwah
Ikatan Muslimin Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *