Kerjasama erat ISMA Alor Setar – Jenan lahirkan Karnival C.U.d’I.P.T

??????????

JITRA, 15 Februari – Penganjuran Karnival C.U.d’I.P.T 2015 di SM Sultan Abdul Halim (Jenan) semalam merupakan inisiatif bersama ISMA Alor Setar dan pihak sekolah, khususnya tuan pengetua, Tn. Hj. Abu Seman Bin Sareh Md. Isa.

Karnival yang julung kali diadakan seumpamanya di Kedah pada tahun ini dihadiri lebih 200 orang peserta dari kalangan lepasan sekolah dan pelajar-pelajar sekolah.

??????????

Karnival dimulakan dengan motivasi penuh semangat daripada Prof. Madya Dr. Mohamad Zaki bin Ibrahim, Pensyarah Perubatan di Kolej Universiti Insaniah dan juga Pengarah Urusan Red Camel Academy.

??????????

Seterusnya para peserta diasingkan mengikut lepasan sekolah dan pelajar semasa untuk diberikan perkongsian yang berbeza. Para peserta lepasan sekolah diberi pendedahan panduan memilih kerjaya oleh Puan Siti Aishah Hamid, Pensyarah Psikologi dan Kaunseling IPG Darulaman.

??????????

Pelajar-pelajar sekolah pula dihidangkan dengan forum yang dibarisi graduan lepasan dalam dan luar negara sebagai motivasi untuk menempa kejayaan yang berterusan pada masa akan datang.

??????????

Selain ceramah dan perkongsian, pameran dan ‘booth’ turut diadakan oleh agensi-agensi ISMA seberti I-Guru,  I-Medik, PEMBINA dan Biro Luar Negara selain IPT dan badan luar yang berkaitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *