Ketahanan stamina dan fizikal ahli Isma Alor Setar diuji

12938203_646874282117997_3988342086064526994_n

ALOR SETAR, 1 Apr – Ketahanan stamina dan fizikal generasi muda ahli-ahli Isma Cawangan Alor Setar diuji dalam ekspedisi mendaki Gunung Keriang, pagi tadi.

Acara yang disertai kira-kira 30 orang peserta dari kalangan lepasan sekolah dan pelajar pembantu perubatan di sini merangkumi pendakian melalui laluan bertangga yang curam hingga ke muka Gua Terus.

Turut sama dalam acara anjuran Pemuda Isma Alor Setar ini ialah Yang Dipertua Isma Alor Setar, Dr. Zulkifli bin Yusof.

Sebelum ini, ahli-ahli Isma Alor Setar juga diuji ketahanan fizikal dalam acara berjalan kaki sejauh 15 kilometer.

12439297_646873852118040_9036163541175677397_n

Menurut Ketua Biro Tarbiyah Isma Pusat, Ustaz Mohamad Bin Ismail, ujian sebegini sebenarnya tidaklah seberapa jika dibandingkan dengan generasi para sahabat yang biasa berjalan kaki sejauh puluhan hingga ratusan kilometer terutamanya ketika seruan jihad dilancarkan.

12936773_646873785451380_1216383398957770078_n

Sebagai NGO dakwah dan pembangunan insan, Isma aktif melaksanakan pelbagai program tarbiah dari segenap aspek untuk semua lapisan masyarakat melalui cawangan-cawangannya di dalam dan luar negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.