Ketuanan rakyat dicemari falsafah barat

bkmi2

JITRA, 4 Nov – Ketuanan rakyat yang dilaung-laungkan oleh segelintir masyarakat pada masa kini adalah pengaruh kepada aliran fahaman liberalisme ciptaan barat yang menolak kewujudan Allah, agama dan pemerintah.

Menurut Naib Presiden I Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni, falsafah liberalisme acuan barat sendiri meletakkan manusia sebagai pemutus kepada semua perkara.

Beliau mengambil contoh penggunaan kalimah Allah, Enakmen di Selangor telah meletakkan larangan penggunaan kalimah Allah oleh orang bukan Islam di negeri itu dan keputusan mahkamah berpihak kepada orang Islam.

“Namun ada pihak berdemonstrasi di luar mahkamah, mempersoalkan keputusan mahkamah, dan mengatakan mahkamah telah tersilap, rakyat yang betul.

“Mereka melaungkan kuasa rakyat, kuasa rakyat, kuasa rakyat. Tetapi mereka tidak tahu hakikat sebenarnya slogan tersebut yang bercanggah dengan falsafah Islam”, ujarnya.

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan sebuah kerajaan bukanlah entiti yang sentiasa betul dan tidak boleh dimuhasabah.

“Betul, kerajaan boleh dimuhasabahkan oleh rakyat. Tetapi tidak sampai Perlembagaan Persekutuan pun rakyat berkuasa untuk mengubahnya,” jelas beliau.

bkmi1

Ustaz Fauzi turut mengulas contoh ketuanan rakyat yang boleh diterima.

“Di Adelaide (Australia) ada banyak orang-orang tua. Mereka mahu taman-taman untuk berehat, jadi kerajaan tempatan sediakan.

“Di sana juga ada pembahagi jalan yang besar kerana kerajaan tahu orang-orang tua di sana boleh berehat sebentar sewaktu melintas jalan. Ini adalah contoh ketuanan rakyat yang boleh diterima akal,” katanya.

Ustaz Muhammad Fauzi berkata demikian dalam bengkel bertajuk Kerajaan Melayu Islam di Tanah Melayu, baru-baru ini di Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim.

Turut sama memberikan ceramah ialah Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Hjh. Ramlah binti Adam, pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis (UniMAP).

Alfakhru Fauzi

Wartawan ISMAweb

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *