Kita bantah Baitul Maqdis jadi ibu negara “I.s.r.a.e.l”

Kita mengutuk pernyataan dalam web rasmi UNESCO baru-baru ini yang menyatakan Jerusalem (sebelum ini Tel Aviv) sebagai ibu negara haram “I.s.r.a.e.l”.UNESCO  (The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization) mesti menyemak semula pandangannya. Jika tidak, kewibawaannya sebagai salah sebuah badan antarabangsa di bawah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) boleh dipertikaikan. Sesungguhnya pandangan seperti ini sekali-kali tidak akan berjaya untuk memaksa sesuatu yang batil untuk tegak, maupun memaksa dicabut yang hak dari yang berhak. Kebenaran akan tetap kembali kepada pemiliknya yang sebenar melalui jihad, persiapan yang bersungguh-sungguh dan penentangan. Di hari kemenangan itu nanti, akan menyesallah mereka yang menolong kebatikan dalam mencabul hak-hak, menjajah bumi orang dan kezaliman mereka terhadap umat Palestin, tuan sebenar yang berhak ke atas Palestin. Tidakkah mereka melihat dengan mata kepala dan hati betapa banyak resolusi antarabangsa yaang diputuskan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang akhirnya dilemparkan begitu sahaja ke dalam tong sampah oleh Israel tanpa sedikitpun merai dan menghormati persefahaman dan perjanjian antarabangsa yang telah sedia ada ?

Penyelesaian isu penjajahan keatas tempat suci, umat dan bumi Palestin adalah pada umat Islam dan bukan pada pemimpin mereka. (Foto: Persidangan di White House, Washington oleh dari kanan Jordan, Palestin, US, Israel dan Mesir mengenai cara mengawal kebangkitan penentangan di Palestin).

Sesungguhnya isu Jerusalem (Baitul Maqdis atau Al-Quds) bukan hanya suatu isu tempatan rakyat Palestin sahaja, bahkan ia adalah isu aqidah lebih satu setengah bilion umat Islam di seluruh dunia. Peranan UNESCO pula ialah menjaga tempat-tempat suci semua agama. Dengan pernyataan yang dibuat olehnya baru-baru ini sebenarnya ia telah lari jauh dari peranannya yang  sebenar dan telah hilang kewibawaan, kepercayaan dan penghormatan yang telah diberikan kepadanya oleh semua umat dunia yang merdeka. Bukankah UNESCO sendiri telah membangkitkan kesedaran umat di seluruh dunia apabila dua patung Budha di letupkaan oleh sebilangan orang yang dikatakan melampau ? Adapun hari ini, ia pula menghadiahkan Jerusalem, ibu negara sebuah umat yang diceroboh, dijajah, diserang dan dibunuh kepada Penceroboh yang telah dan masih melakukan segala jenayah tersebut ? Hingga bila UNESCO akan terus bersikap “double-standard” seperti ini ?

Setiap darah yang tumpah menjadi baja kepada jiwa umat dalam kebangkitan dan penentangan mereka terhadap sebarang usaha penjajahan dan penghinaan keatas mereka.

“Sesungguhnya membentuk umat-umat, mentarbiyah masyarakat-masyarakat, mencapai cita-cita dan memenangkan prinsip-prinsip memerlukan dari sesuatu umat itu kekuatan jiwa yang hebat … sekurang-kurangnya kemahuan kuat yang tidak diserapi lemah, kesetiaan yang teguh yang tidak dicerobohi berlunak-lunak maupun khianat, kemahuan kuat yang tidak dihalang oleh tamak atau bakhil dan mengetahui, yakin dan menghormati prinsip yang boleh menjaganya dari silap, menyeleweng, bertolak ansur atau tertipu oleh orang lain” [Hasan Al-Banna]

Oleh itu selayaknya UNESCO kembali menyemak dan mengubah pendiriannya ini, mengiktiraf Baitul Maqdis (Jerusalem), keseluruhan bandar Baitul Maqdis, timur dan baratnya, sebagai ibu negara bagi Palestin agar bertepatan dengan hak-hak agama dan sejarah yang jelas, juga agar bertepatan dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang mengisytiharkan bahawa Jerusalem adalah sebuah bandar yang dijajah sejak tahun 1967.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Ketua Biro Dakwah,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku

Maklumbalas UNESCO (kelmarin 15.7.2011)

UNESCO replies to allegations

UNESCO wishes to reiterate that, contrary to recent allegations, there has been no change in UNESCO’s position on Jerusalem.

The Old City of Jerusalem is inscribed on the World Heritage List and the List of World Heritage in Danger. UNESCO continues to work to ensure respect for the outstanding universal value of the cultural heritage of the Old City of Jerusalem. This position is reflected on UNESCO’s official website (www.unesco.org). In line with relevant UN resolutions, East Jerusalem remains part of the occupied Palestinian territory, and the status of Jerusalem must be resolved in permanent status negotiations.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *