KLS 2017 menggegar Alor Setar

ALOR SETAR, 13 Jan – Program Karnival Lepasan Sekolah (KLS) 2017 peringkat nasional yang membuka tirainya di Alor Setar, baru-baru ini berjaya menarik hampir 100 orang pelajar-pelajar lepasan SPM 2016 dari seluruh negeri Kedah.

Program yang diadakan di Auditorium Rumah Kelahiran Tun Dr. Mahathir itu menampilkan Ustaz Haji Rosidi bin Sahari, pakar motivasi dan Pengetua di Maahad Imtiyaz di Ipoh dan Ustaz Mohamad Hanafi bin Muidnuddin, graduan muda Usuluddin dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Program anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM) Cawangan Alor Setar itu turut mendapat kerjasama padu daripada Persatuan Belia Islam Nasional Cawangan Kubang Pasu dan Pertubuhan I-Medik Negeri Kedah.

Selain perkongsian motivasi dan ceramah, adik-adik lepasan SPM didedahkan dengan laluan akademik pasca sekolah dan bidang-bidang kerjaya oleh para mentor yang telah pun berkerjaya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *