KRIM Alor Setar-Kubang Pasu bantu lepasan SPM rancang kecemerlangan

pra exp

BANDAR DARULAMAN, 8 Dis ā€“ Kelab Remaja Isma (KRIM) Alor Setar dan Kubang Pasu telah menganjurkan program Pra-Expresi KRIM sebagai langkah awal membimbing lepasan SPM merencana halatuju kehidupan.

Program yang bersifat santai di tepi Tasik Darulaman ini adalah untuk mengumpulkan lepasan-lepasan SPM dari seluruh sekitar daerah Kota Setar dan Kubang Pasu serta memperkenalkan pelbagai aktiviti bermanfaat melalui program EXPRESI.

Pertemuan ini dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan tazkirah ringkas yang disampaikan oleh Yang Dipertua Isma Kubang Pasu, Ustaz Mohd Kashfi bin Ali.

EXPRESI merupakan program anjuran bersama KRIM dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) khusus untuk lepasan SPM merancang laluan akademik dan kerjaya selain mengisi masa cuti dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *