KRIM Kedah sumbang anugerah kecemerlangan SPM

Pada 20 Mei yang lalu, dengan izin Allah Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah telah mengadakan satu majlis ringkas bagi meraikan ahli-ahli yang mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010. Majlis yang diadakan di Pejabat Isma, Bandar Darul Aman turut dimeriahkan dengan kehadiran Pengerusi PEMBINA Kedah En. Ali b. Saip dan aktivis-aktivis KRIM.

Majlis dimulai jam 9.30 pagi  dan berakhir pada jam 11.00 pagi menyaksikan adik Nabil Fikri b. Najib mendapat anugerah pelajar lelaki terbaik dan adik Widad bt Abd Qais bagi kategori pelajar perempuan terbaik. Kedua-dua mereka akan menyambung pelajaran ke Amerika Syarikat.

Selari dengan itu juga majlis penyerahan ahli KRIM kepada PEMBINA turut diadakan serentak, dimana mereka diberi pendedahan awal oleh Pengerusi Pembina tentang suasana yang akan melatari adik-adik setelah berada dialam pengajian tinggi.

Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan ringkas. Semoga kejayaan hari ini menjadi pemangkin kepada kejayaan yang mendatang.

Sumber: Laman blog KRIM Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *