KRIM Kedah suntik semangat baru buat pelajar MRSM Pendang

PENDANG, 27 Januari – Sejumlah 300 orang pelajar MRSM Pendang mendapat semangat baru untuk memacu diri ke arah kecemerlangan apabila mereka berpeluang mendengar satu seminar kecemerlangan akademik anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kedah. Program selama sehari ini menampilkan Tuan Haji Rosidi Sahari, pakar motivasi dari MAP Training di Ipoh.

Bermula jam 8.30 pagi di Dewan Besar MRSM Pendang, seminar banyak menyentuh aspek peribadi, rohani, jati diri dan pengaruh suasana sebagai asas utama untuk mencapai kecemerlangan akademik. Keletah dan kepelbagaian teknik Tuan Haji Rohsidi dalam memberi motivasi memberi impak besar kepada para peserta untuk menerima input yang disampaikan. Selain itu, penceramah turut memberi beberapa teknik-teknik menarik untuk mengulangkaji pelajaran dan mudah diaplikasikan oleh peserta.

Seminar yang sepatutnya berakhir jam 5.30 petang terpaksa dilewatkan apabila Tuan Haji Rosidi ditujukan pelbagai soalan dari para peserta di akhir seminar.

Secara keseluruhannya seminar ini mencapai objektif yang disasarkan oleh KRIM Kedah, namun menurut Tuan Haji Mohd Khalil selaku Pengarah KRIM Kedah, akhirnya ia terpulang kepada para peserta sendiri menilai adakah mereka mampu membuang tabiat lama mereka dan menjadi seorang yang baru untuk mencapai kecemerlangan akademik yang diimpikan.

KRIM Kedah mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah dang guru-guru yang terlibat, terutamanya Ustaz Syahir dan Cikgu Azizah kerana banyak membantu sepanjang seminar ini berlangsung.

Sumber: Laman blog KRIM Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *