KRIS laksana aktiviti bermanfaat untuk remaja

v3

MERBOK, 16 Disember – Kem Remaja Islam (KRIS) anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Alor Setar telah berlangsung dengan jayanya di Kem Tandop di sini. Kem 3 hari 2 malam ini membabitkan sejumlah 25 orang peserta lelaki antara 13 hingga 17 tahun.

Apa yang menarik ialah, peserta yang berminat untuk hadir bukan sahaja datang dari Alor Setar, malah ada yang datang dari Kuala Nerang, Baling dan Sik.

v1

Pelbagai aktiviti menarik berupa acara outdoor yang lasak menjadi agenda utama kem ini, sesuai dengan objektif utama iaitu memantapkan jatidiri remaja agar sihat dan berdisiplin.

Selain pelbagai aktiviti outdoor, turut diselitkan ialah Perkongsian Pengalaman Dari Gaza oleh En. Budiyanto Unggun, Perunding Aman Palestin Pulau Pinang yang telah menyertai misi ke Gaza bersama Aman Palestin pada Oktober yang lalu.

v2

Kem ini mendapat respon yang sangat baik daripada peserta dan ibu bapa. Yuran yang murah serta aktiviti yang pelbagai memberikan keseronokan buat para peserta sepanjang mengikuti kem ini.

Turut sama dalam menjayakan kem ini ialah aktivis PEMBINA Kedah dan PEMBINA UUM yang bertindak sebagai fasilitator jemputan.

Foto-foto sepanjang kem di https://www.facebook.com/krimalorsetar

Sumber: Laman KRIM Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *